KUIH HARUM MANIS
sumber : dari buku Kak Ita Delight
50 gm mentega cair
200 gm gula pasir
300 gm gula melaka
350 gm tepung gandum
350 ml air
3 biji telur
8-9 biji pisang - dihiris bulat nipis
1/2 tsp. baking powder
1/4 tsp. garam
1 tsp. soda bikarbonat
1 tbsp. esen vanilla
1. Masak gula melaka dan air hingga menjadi sirap gula. Tapis & sejukkan.
2. Ayak bersama tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat, kemudian ketepikan.
3. Putar telur dan gula hingga naik.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dgn. menggunakan spatula dan kacau rata.
5. Masukkan esen vanilla, mentega cair serta sirap gula dan kacau hingga sebati.
6. Sapukan acuan kecil-kecil dgn. sedikit mentega/minyak. Tuangkan 3/4 penuh sahaja ke dalam acuan lalu letakkan hirisan pisang ke atas adunan.
7. Kukus selama 15 minit.
No comments:
Post a Comment