KEK PISANG

Saturday, July 23, 2011

PUDING NENAS - 9"
sumber : blog 'Gulahangus'



2 biji telur
1 tin nenas gelang (brand 'Adabi')
1 tin susu cair
20 gm. serbuk agar-agar
3 tbsp. tepung kastad
1 3/4 cawan gula kastor
5 cawan air
1 tsp. perisa nenas



Nenas asingkan beberapa keping untuk hiasan - agak-agak 5 keping. Kisar lebihan nenas dan sirapnya bersama tepung kastad, telur, perisa nenas dan susu cair. Sementara itu masak gula, serbuk agar-agar bersama air. Masak hingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Kecilkan api. Kacau selalu hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan dalam loyang atau bekas yang telah disusun dengan nenas didalamnya. Tunggu hingga suam barulah dimasukkan dalam peti ais.

Nota : letak cerim merah ditengah (lubang) nenas gelang agar cantik. (Puding ini cantik & sedap. Tqvm pada empunya resipi kerana sudi berkongsi).

No comments:

Post a Comment