KEK PISANG

Saturday, July 23, 2011

PULUT SERIKAYA
sumber : dari blog 'tiffinbiru'



Bahan Bawah : 2 cawan beras pulut (rendam 30 minit & toskan
1 1/2 cawan santan cair
1/2 tsp. garam
1 tbsp. minyak masak

Gaul semua bahan diatas hingga sebati dan kukus selama 30 minit. (Letak 1 helai daun pandan agar wangi). Selepas masak tekan dengan padat dan tuang bahan lapisan atas dan kukus lagi selama 30 minit hingga masak.


Bahan Lapisan : 1 cawan tepung gandum
Atas 1 tbsp. tepung jagung
1 tbsp. tepung beras
3/4 cawan gula melaka (hiris) ) masak hingga larut,
1/2 cawan gula pasir ) tapis & sejukkan.
1 helai daun pandan - simpul ) Buang daun pandan.
1 cawan air )
2 biji telur
2 cawan santan pekat
1/2 tsp. garam
sedikit chocolate emulco (optional)

Satukan semua bahan di atas. Tapis jika bergentel. Masak naik wap. Tuang atas bahan bawah dan kukus selama 25 minit hingga masak dengan api sederhana.

Acuan : loyang 9 x 9 inci, sapu minyak dan alas dgn. plastik. (Tqvm kepada Mat Gebu kerana resepi yang sedap ini).

No comments:

Post a Comment