KEK PISANG

Saturday, July 23, 2011

PUDING ROTI MARBLE COKLAT STRAWBERRY
sumber : Hanamemories


4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
10 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula kastor
2 tbsp. butter/marjerin
3 1/2 cawan air (230 ml)
2 tbsp. serbuk koko/coklat emulco
2 tbsp. strawberry emulco


Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula dalam periuk. Blend/kisar roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cawan) kemudian tuang dalam periuk agar-agar yang sudah mendidih tadi. Masukkan butter dan kacau rata sampai mendidih. Tutup api.
Bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan serbuk koko manakala satu bahagian lagi strawberry emulco. Gaul sebati kedua-dua bahagian secara berasingan. Tuang dalam loyang berselang-seli hingga habis. (buat dengan cepat kerana puding ini cepat membeku). Simpan dalam peti ais selama 1 jam.

Loyang : 7/8 inci
Nota : Tqvm Hana for this lovely recipe.

No comments:

Post a Comment