KEK PISANG

Friday, July 22, 2011

TELUR KUKUS SRI RAMPAI
sumber dari : Storyofmama

Suami ku pada mulanya agak takut juga nak makan kerana dia ingat ini kuih cekodok. Jadi katanya ianya untuk dimakan ketika minum petang. Jadi saya terangkan padanya yang ini adalah lauk berasaskan telur barulah dia memakannya. Maklumlah tak pernah mencuba masakan ini. Saya katakan resepi ini dapat dari blog Storyofmama. Jadi saya pun mencubanya. Ianya menjadi dan sedap, apalagi ketika dimakan panas-panas dgn. sos cili. Tqvm kepada empunya blog ini kerana sudi berkongsi resipi ini.
TELUR KUKUS SRI RAMPAI


4 biji telur
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji cili merah (hiris halus memanjang)
1 biji tomato (hiris/dadukan)
1 tangkai daun bawang & daun sup
1/2 tsp. gula
2 tbsp. minyak
1/2 pek daging kisar (saya guna udang kisar/cincang)
garam secukup rasa
sedikit lada sulah (jika suka)


Masukkan semua bahan ke dalam telur yang telah dipukul dan gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan yang disukai. (Sapu sedikit minyak pada acuan) dan kukus.
Masa Kukus : 10-15 minit jika guna daging kisar. Hidang panas-panas dengan nasi putih.

No comments:

Post a Comment