KEK PISANG

Saturday, August 25, 2012

Puding Roti








PUDING ROTI MARBLE CHOCOLATE & STRAWBERRY

rujukan dari :   Hanamemories, tqvm utk resipi ini.
dicuba oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

4   keping   roti gardenia, dicarik-carik
2   biji         telur
1/2 cawan   susu pekat manis
170 ml        susu cair
  10 gm       serbuk agar-agar
1/2 cawan   gula pasir
    2 tbsp     mentega/marjerin
3 1/2 cawan air  (230 ml)
    2 tbsp     serbuk koko/chocolate emulco
    1 tbsp     strawberry emulco + sedikit pewarna merah

Acuan :  8-inci

Cara-cara :

1.   Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula pasir didalam periuk.
2.   Blend/kisar, roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cawan) kemudian tuangkan ke dalam periuk yang berisi agar-agar yang telah mendidih tadi.
3.   Masukkan mentega dan kacau rata sampai mendidih.  Tutupkan api.
4.   Bahagikan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian, letakkan serbuk koko dan dikacau sebati manakala satu bahagian lagi letakkan perisa strawberry dan sedikit pewarna merah, dan dikacau sebati.
5.   Tuangkan ke dalam loyang 8-inci (basahkan terlebih dahulu untuk memudahkan ketika dikeluarkan), secara berselang-seli hingga habis.  (buat dengan cepat kerana puding ini cepat membeku).
6.   Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.

No comments:

Post a Comment