Sunday, December 28, 2014
BLACKPEPPER CHICKEN PUFFS
BLACKPEPPER CHICKEN PUFFS
rujukan dari : mamafami; thanks...
tried & tested : zaralovebaking
Bahan-bahan :
1 paket puff pastry jenama KAWAN
1 biji kuning telur - untuk glis
Sedikit lada hitam kisar untuk hiasan
Bahan Inti Ayam Lada Hitam :
1 biji bawang Holland - didadu kecil
3 biji ubi kentang saiz sederhana - dikupas & didadu
Isi ayam cincang secukupnya
Lada putih
Lada hitam
Garam secukup rasa
Daun bawang - dihiris
Minyak menumis
Cara Memasak Inti :
1. Rebus ubi kentang sehingga hampir lembut. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang.
3. Bila bawang telah layu, masukkan ayam cincang dan kacau rata.
4. Biarkan ayam sehingga hampir masak, baru dimasukkan kentang yang telah direbus tadi bersama dengan sedikit air rebusan kentang tadi.
5. Masukkan lada putih, lada hitam dan garam secukupnya. Kacau rata.
6. Sebelum tutup api, masukkan daun bawang. Sejukkan dulu sebelum digunakan.
Cara Penyediaan :
Untuk pastri, letakkan sedikit inti di atas puff pastri kemudian bentukkan 3 segi. Sapukan kuning telur di atasnya dan taburkan dengan sedikit lada hitam kisar di atas puff pastry. Susunkan puff pastry tadi di atas dulang pembakar yang telah digris. Bakar pada suhu 190'C selama 20-25 minit atau sehingga bahagian permukaan puff pastry keperangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment