KEK PISANG

Sunday, December 7, 2014

PENGAT PISANG







PENGAT PISANG
Oleh  :   zaralovebakig..




Bahan-bahan :

   2  biji  pisang tanduk
   1  cawan  santan pekat
   2  cawan  air
   3  sudu makan  gula merah + 1/2 cawan air, gaul rata dan ditapiskan
1/4  cawan  gula pasir
   2  helai  daun pandan - disimpulkan
Air secukupnya untuk merebus pisang
Secubit garam


Cara Membuat :

1.  Buangkan kulit pisang dan hiriskan serong.  Rebus pisang sehingga separuh masak.  Bila sudah empuk, angkat dan di toskan.

2.  Di dalam periuk lain, satukan air dan santan pekat, masukkan sekali air gula merah dan gula pasir tadi.  Masakkan sehingga mendidih.

3.  Masukkan pisang yang direbus tadi dan daun pandan, gaul sebati.

4.  Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah, biarka mendidih.  Sekiranya kurang manis bolehlah ditambahkan sedikit lagi gula pasir.

No comments:

Post a Comment