KEK PISANG

Thursday, December 18, 2014

SUP AYAM JINTAN PUTIH












SUP AYAM JINTAN PUTIH
sumber dari  :  Paty'sKitchen ; thank...
tried & tested :  zaralovebaking ; (sedap sangat)....




Bahan-bahan :

1/2  ekor  ayam dipotong kecil
   1  batang  lobak merah dipotong dadu besar
   2  biji  ubi kentang dibelah 4
Sedikit daun bawang & daun sup dihiris
Bawang goreng
Garam & kiub pati ayam secukup rasa


Bahan Rempah Sup :

2  biji  bawang besar
5  ulas  bawang putih
1  inci  halia
2  sudu besar  serbuk jintan putih

(* kesemua bahan rempah sup ditumbuk sehingga halus dan digaul semua bahan hingga sebati).


Bahan untuk dimasukkan ke dalam sup :

1  batang  kulit kayu manis
3  kuntum  bunga lawang
5  biji  buah pelaga
5  biji  bunga cengkih
1  sup  bunjut


Cara Memasak :

1.  Rebuskan ayam dan ubi kentang bersama 1 litre air sehingga kedua-duanya agak empuk.
2.  Kemudian masukkan bahan tumbuk bersama dengan rempah kering.
3.  Masukkan garam dan sedikit kiub pati ayam.
4.  Bila ayam dan ubi kentang empuk, masukkan lobak merah dan biarkan seketika sehingga lobak empuk.
5.  Angkat, hidangkan bersama dengan taburan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

2 comments:

  1. Sedapnya sup ayam... terliur kita tengok pagi2 ni :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih adda syuhada..cubalah..

    ReplyDelete