MASAK LEMAK PETOLA
Oleh : zaralovebaking.bogspot.com
Bahan-bahan :
1 batang petola segi bersaiz sederhana
50 gm kubis
1 sudu makan ikan bilis
1 cawan santan pekat
1 cawan air
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 tangkai cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Petola dibuang kulit dan di potong-potong kecil.
2. Kubis dipotong kecil. Basuh kesemua bahan.
3. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Tambahkan garam secukup rasa.
4. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment