KEK PISANG

Sunday, December 7, 2014

SPAGETTI BEBOLA DAGING







SPAGETTI BEBOLA DAGING
oleh  :  zaralovebaking




Bahan-bahan :

   1  paket  spagetti  (direbus sehingga lembut)
1/2  paket  bebola daging jenama Ramly
   1  tin  cendawan butang  (dihiris)
   1  biji  capsicum merah *
   1  biji  capsicum hijau *
   3  biji  tomato *
   1  batang  lobak merah *
   1  labu  bawang besar *  (kesemua yang bertanda * dipotong dadu)
   1  cawan  sos tomato  (I use sos Prego Tradisional)
   1  sudu makan  serbuk lada hitam
   1  sudu makan  serbuk oregano
   2  sudu makan  minyak jagung
 50  gm  daun parsli  (dicincang halus)
Garam secukup rasa


Cara Membuat :

1.  Di dalam kuali/periuk, panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang besar sehingga naik bau.
2.  Masukkan cendawan butang, tomato, lobak merah, sos tomato/prego, serbuk oregano, serbuk lada hitam dan garam.  Kemudian kacau rata.
3.  Masukkan bebola daging dan kacau perlahan sehingga mendidih dan masak.
4.  Masukkan capsicum hijau dan capsicum merah.  Kacau rata sekali lagi.  Tambahkan sedikit air jika kuah agak pekat.
5.  Tuangkan di atas spagetti yang sudah direbus.
6.  Taburkan daun parsli semasa menghidang.



No comments:

Post a Comment