Sunday, December 14, 2014
KEK BROWNIE KUKUS
KEK BROWNIE KUKUS
buku : 'Kek Lazat' - Norzailina Nordin
Bahan-bahan :
90 gm mentega
180 gm coklat masakan (dicincang kasar)
75 gm gula perang
2 biji telur gred A/B
60 ml susu segar
115 gm tepung gandum
40 gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
Bahan Lapisan Tengah :
125 gm krim keju (suhu bilik)
30 gm gula kastor
1 biji telur
Acuan : Alas dasar acuan 20 sm/8 inci dengan kertas kalis minyak. Lenser seluruh acuan.
Cara Membuat Kek :
1. Cairkan coklat dan mentega.
2. Masukkan gula perang. Kacau hingga larut kemudian angkat dari api.
3. Masukkan susu segar dan digaul sebatikan.
4. Ayak tepung dan gaulkan. Pukul telur sedikit dan tuang ke dalam adunan tadi.
5. Ayak serbuk koko dan baking powder. Kacau rata hingga adunan agak pekat dan sebati.
6. Bahagikan kepada dua bahagian.
7. Tuangkan satu bahagian ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
8. Lapisan Tengah : pukul krim keju hingga sebati. Masukkan gula dan pukul selama 2 minit. Campurkan telur dan pukul rata.
9. Tuangkan ke atas lapisan berkoko yang telah dikukus tadi. Kukus semula selama 10 minit.
10. Bila lapisan keju masak, tuangkan baki adunan koko untuk lapisan ketiga.
11. Untuk kukusan ketiga, tutup dengan kertas aluminium foil dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Kek yang sudah masak bolehlah dihias ikut suka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment