KEK PISANG

Saturday, March 21, 2015

BISKUT FAMOUS AMOS






BISKUT FAMOUS AMOS
sumber dari  :  Aziz Kitchen; thanks...
tried by  :   zaralovebaking; (sedap & rangup)...



Bahan-bahan A :

1/4  cawan  gula kastor
1/2  cawan  gula perang
1/2  cawan  mentega  (75 gm)
1/2  cawan  minyak jagung
   1  biji  telur gred 'B'
1/4  tsp  garam
1/2  tbsp  susu segar @ susu tepung
1/2  tsp  esen vanilla


Bahan-bahan B :

   2  cawan  tepung gandum *
   1  tbsp  serbuk koko*
   1  tbsp  tepung jagung*
1/2  tsp  cream of tartar*
1/2  tsp  soda bikarbonat*  (kesemua bahan bertanda* diayak bersama)
1/2  cawan  walnut cincang/almond nib  (saya guna kacang hazelnut)
   1  cawan  chocolate chip  (saya guna campuran butterscoth & choc. chip putih)


Cara-cara :

1.  Satukan kesemua bahan-bahan A ke dalam bekas/mangkuk adunan.  Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk tangan.

2.  Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan dikacau/digaul dengan spatula.  Selepas itu masukkan kacang walnut dan chocolate chips.  (Adunan agak lembik.  Simpan di dalam peti ais seketika).

3.  Sudukan atau bulat-bulatkan dan susun di atas loyang.  Jarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang ketika dibakar.  Loyang tidak perlu dilenser.

4.  Bakar pada suhu 160'C selama 15-20 minit atau sehingga masak keperangan dibahagian tepinya.

No comments:

Post a Comment