Saturday, March 14, 2015
SERIKAYA KUKUS
SERIKAYA KUKUS
Cookbook : Kuih-Muih Resipi Warisan Turun-Temurun Chef Hanieliza
tried by : zaralovebaking, (sedap tetapi terlalu manis)...
Bahan-bahan :
5 biji telur gred B
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat (dari 1/2 biji kelapa)
2 helai daun pandan (dikoyak & disimpul)
Garam secukup rasa
Cara Membuat :
1. Panaskan air dalam periuk kukusan.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan ke dalam loyang bulat bersaiz 7 inci yang sudah disapukan dengan sedikit minyak.
3. Kukuskan selama 30 minit dengan api sederhana.
4. Sejukkan dan potong.
5. Sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam kenal dari kaknoor, sedap nampaknya serikaya kukus tu boleh try suatu hari nnt
ReplyDeleteSalam kenal jua Nooriah Abdullah..memang sedap tapi agak manis sikit. Semasa Nooriah datang ke KL, ingin nak berkenalan tapi tak sempat. Selama bercuti di London....
ReplyDelete