KEK PISANG

Friday, March 13, 2015

PUDING ROTI BERKUAH KASTAD














PUDING ROTI BERKUAH KASTAD
Oleh  :   zaralovebaking....




Bahan-bahan :

10  keping  roti putih  (sebarang jenis roti)
  3  cawan  susu segar atau susu cair
  4  biji  telur  gred 'A'
  4  sudu besar  gula pasir
  1  sudu teh  esen vanilla
  4  sudu besar  kranberi kering atau kismis
  2  biji  epal Granny Smith  -  dipotong dadu
Sedikit marjerin untuk disapu pada loyang


Bahan Kuah Kastad :

2  cawan  susu segar atau susu cair
2  sudu besar  gula pasir
1  sudu teh  esen vanilla
2  sudu besar  tepung kastad


Cara Penyediaan :

1.  Mula-mula sapu loyang bersaiz 8 inci persegi dengan sedikit marjerin (saya guna ramekin).  Kemudian masukkan roti yang telah di carik-carik kasar berselang-seli dengan kranberi dan potongan apple.  Ketepikan sebentar.

2.  Kemudian masukkan susu, gula, esen vanilla dan telur ke dalam mangkuk, kacau hingga gula larut dan sebati menggunakan whisk.  Selepas itu tuangkan ke dalam loyang berisi roti tadi.  Tekan-tekan sedikit supaya roti tenggelam dan dapat menyerap bahan-bahan tersebut.

3.  Masukkan loyang  ke dalam oven dan bakar pada suhu 180'C selama 30-40 minit atau sehingga masak sepenuhnya (bahagian atas puding kelihatan sedikit keperangan).

4.  Untuk kuah kastad :  Masukkan kesemua bahan-bahan kuah kastad ke dalam periuk, kacau rata dan masak dengan api yang kecil.  Kacau selalu sehingga kuah sedikit pekat.  Tutup api dan sejukkan.

5.  Tuangkan sos kastad ke atas puding roti ketika dihidangkan.  Jika suka sejuk, masukkan ke dalam peti ais seketika sebelum dipotong dan dihidang bersama sos kastad.

Nota  :   Saya membuat 1/2 daripada resipi di atas  - menghasilkan 4 biji ramekin kecil & 2 biji ramekin sedang.  Untuk ramekin masa membakar 20-30 minit.

1 comment:

  1. salam singgah.. emm sedap ni ..selalu jugak buat macam ni :)

    ReplyDelete