Monday, March 16, 2015
PUDING BUAH PIC
PUDING BUAH PIC
buku resipi : Kompilasi Hidangan Berkeju - Noraini Zakaria
tried by : zaralovebaking....
Bahan A :
400 ml air
10 gm serbuk agar-agar
80 gm gula kastor
Bahan B :
200 gm susu segar kotak
70 gm krim keju - dipotong dadu
4 ketul buah pic dalam tin - didadu kecil
Cara Membuat :
1. Satukan bahan A di dalam periuk dan jerangkan hingga mendidih.
2. Perlahankan api dan masukkan susu segar dan krim keju. Kacau hingga keju cair. Angkat dari api.
3. Sediakan 5 mangkuk puding yang kecil (atau ikut pilihan). Letakkan buah pic dadu secukupnya.
4. Tapiskan adunan puding tadi ke dalam mangkuk puding dan biarkan ia sejuk baru dimasukkan ke dalam peti ais. Hiaskan dengan baki buah pic tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment