KEK PISANG

Friday, January 4, 2019

KEK MARBLE KELADI...









KEK MARBLE KELADI
sumber :    FB@Resepi Kek Berhantu...




Bahan-Bahan :

170  gm  mentega,  dicairkan
170  gm  gula halus@gula kastor
170  gm  tepung kek@superfine
4  biji  telur gred A
1  sudu besar  ovallet
2  sudu besar  susu tepung  (apa-apa jenama pun boleh)
2  sudu besar  pes keladi  (saya guna 2 sudu teh)
Sedikit pewarna ungu  (optional)


Cara-Cara :

1.  Cairkan mentega  (ketepikan biar sejuk).

2.  Pukul gula, tepung, telur, ovallet dan susu tepung sampai kembang@menjadi putih.

3.  Masukkan mentega yang dicairkan tadi dengan menggunakan spatula sahaja.  Kacau sebati.

4.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian biarkan kosong, 1 bahagian lagi masukkan pes keladi tadi dan sedikit pewarna ungu (jika suka), kacau-kacau sebati.

5.  Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8"x 8" persegi, digris dengan sedikit mentega dan dialas dengan kertas serap minyak.  Buat corak marble iaitu selang-seli setiap adunan hingga selesai.

6.  Bakar pada suhu 160'/170'C selama 45 minit (bergantung pada oven masing-masing).




3 comments:

  1. huurm sedap kek marble. tapi ni first time CT tengok yang keladi.
    hehehe.. salam kenal. CT follow sini =)

    ReplyDelete
  2. Salam kenal jua Siti..memang sedap kek ni, gebu, cuba la..

    ReplyDelete
  3. Salam kenal jua Siti..memang sedap & gebu kek ni, cuba la

    ReplyDelete