KEK PISANG

Tuesday, May 7, 2013

BINGKA KENTANG









BINGKA KENTANG


sumber  :   Majalah SAJI Februari 2012 - Chef Hanieliza
dicuba   :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

5  biji         kentang  -  saiz sederhana
1  cawan    tepung gandum
2  cawan    santan
1  cawan    gula kastor
3  tbsp.      mentega/marjerin
3  biji         telur  (A/B)
2  tbsp.      bijan  -  goreng tanpa minyak
sedikit pewarna kuning
sedikit garam
sedikit minyak masak untuk disapu pada loyang

Acuan :  7 x 7 inci


Cara menyediakan :

1.   Rebus kentang sehingga empuk.  Toskan airnya.
2.   Masukkan kentang dan santan ke dalam mesin pengisar.  Kisar hingga sebati.
3.   Masukkan kesemua bahan lain kecuali bijan ke dalam mesin pengisar.  Kisar lagi hingga sebati.
4.   Panaskan ketuhar pada suhu 170'C.  Sapukan minyak di sekeliling loyang.  Panaskan loyang sekejap.
5.   Tuang rata bahan yang dikisar tadi ke dalam loyang dan taburkan bijan di atasnya.
6.   Bakar selama 60 minit atau sehingga masak.
7.   Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah dipotong.

2 comments:

  1. Wah nampak sedap je..... nak cubalah.. tq share resepi zara ;)

    ReplyDelete
  2. Nur Hayati...memang sedap dan lembut..cubalah..sama-sama kasih.

    ReplyDelete