KEK PISANG

Wednesday, May 15, 2013

RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES


sepatutnya warna bahagian atas berwarna merah tetapi nampak kehitaman
kerana terlebih warna coklat emulco dari warna merah, apapun brownies ini sedap dan moist.







RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES



sumber  :   rahelcake.com, tqvm pada penyumbang resipi
dicuba   :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

250  gm     tepung superfine  *
 1/2  tsp     garam  *
  15  gm     serbuk koko *  ( * disatukan & diayak bersama)
113  gm     mentega
290  gm     gula kastor
    2  biji     telur  (A)
    1  tsp     esen vanilla
240  ml      buttermilk  (240 ml  susu segar + 1 tbsp cuka/jus lemon  - biar 10 minit sebelum digunakan)
    2  tbsp   cecair pewarna merah
    1  tsp     cuka/jus lemon
    1  tsp     baking soda


Acuan :   9 inci persegi, digris dan dilapik dengan kertas minyak, lebihkan kiri kanan untuk memudahkan ketika hendak mengeluarkan kek dari acuan.



Cara-cara :

1.   Pukul mentega hingga lembut lebih kurang 1 minit.
2.   Masukkan gula dan terus  memukul hingga ringan dan gebu (2-3 minit).
3.   Masukkan telur satu persatu dan dipukul setiap kali dimasukkan telur tadi.
4.   Masukkan vanilla dan putar hingga sebati.
5.   Dalam larutan buttermilk, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
6.   Masukkan tepung berselang-seli dengan buttermilk.
7.   Dalam bekas kecil, campurkan cuka/jus lemon dan baking soda.  Campuran akan berbuih.  Dengan segera tuangkan ke dalam adunan kek dan terus kaup balik hingga sebati.
8.   Tuangkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170'C selama 50-60 minit hingga masak.
9.   Setelah kek masak, keluarkan dari oven dan buatlah adunan cheese.



Bahan Lapisan Marble Cheese :

250  gm   cream cheese
  60  gm   gula kastor
    1  biji   telur (A)
    1  tsp   jus lemon

*  sedikit chocolate emulco  )
*  sedikit pewarna merah     )  disatukan


Cara-cara :

1.   Pukul cream cheese bersama gula hingga berkrim.  Masukkan telur.  Pukul rata.
2.   Tambahkan jus lemon.  Kacau rata dan sebati.
3.   Ambil 3 tbsp adunan cheese dan satukan dengan pewarna (yang bertanda *).  Kacau sebati dan masukkan ke dalam piping bag.
4.   Tuangkan adunan cheese tadi ke atas brownies yang sudah masak.  Ratakan.
5.   Picitkan adunan berwarna bentuk pilihan dan lorek dengan lidi sate membentuk corak marble.
6.   Hentakkan untuk membuang gelombang udara.
7.   Bakar semula dengan kaedah 'steam bath' selama 25-30 minit pada suhu 170'C.

1 comment: