sebelum diletak topping
selepas diletak topping
BLUEBERRY SLICE CHEESE CAKE
sumber dari : Hasue & Rahel
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
300 ml susu segar
6 keping keju kraft
3 biji telur (A) - asingkan kuning & putih
90 gm gula halus
110 gm tepung gandum
1 tsp esen vanilla
110 gm mentega/marjerin
Blueberry pie filling secukupnya
Acuan : 8 inci
Cara membuat :
1. Panaskan oven pada suhu 180'C, griskan loyang dan alas dengan baking paper. Ketepikan.
2. Dengan api perlahan, panaskan susu dan masukkan kepingan keju. Kacau hingga cair dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega mencair dan ketepikan.
3. Asingkan putih dan kuning telur.
4. Pukul putih telur bersama gula halus hingga menjadi meringue.
5. Dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga berkrim dan tambahkan adunan susu yang dipanaskan tadi, kacau perlahan.
6. Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik hingga sebati.
7. Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik hingga sebati.
8. Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan.
9. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar menggunakan kaedah 'steam bath' (letakkan loyang adunan di dalam loyang yang besar sedikit berisikan air panas ketika membakar) selama 50 minit atau hingga masak.
10. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan betul-betul sejuk barulah di letakkan blueberry filling. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidang.
No comments:
Post a Comment