Monday, May 20, 2013
KEK SIFON PELANGI
KEK SIFON PELANGI
sumber dari : Majalah SEDAP Jun 2013 - sedap & gebu
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
100 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
1/2 tsp serbuk penaik
25 gm gula kastor
60 gm susu cair (saya guna susu segar)
30 gm minyak masak
1/2 tsp esen vanilla
5 biji kuning telur (B)
5 biji putih telur (B)
1/2 tsp garam
100 gm gula kastor
1/8 tsp pewarna merah
1/8 tsp pewarna oren
1/8 tsp pewarna kuning
1/8 tsp pewarna hijau
1/8 tsp pewarna biru
1/8 tsp pewarna ungu
Loyang Chiffon saiz : 8 inci - tidak perlu digris
Cara membuat :
1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik. Ayak. Masukkan gula kastor. Kacau rata.
2. Campurkan susu segar dan minyak masak. Kacau rata. Tuangkan ke dalam campuran tepung. Kacau rata. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau rata.
3. Pukul putih telur dan garam sehingga setengah kembang. Masukkan gula kastor (100 gm) sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga kembang.
4. Tuangkan ke dalam campuran tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikaup balik perlahan-lahan.
5. Bahagikan kepada 6 bahagian. Masukkan warna yang berbeza pada setiap bahagian adunan.
6. Tuangkan ke dalam loyang sifon tanpa disapu marjerin. Mulakan dengan warna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan akhir sekali warna merah.
7. Bakar dengan menggunakan api bawah suhu ketuhar 170'C selama 55 minit sehingga masak.
8. Terbalikkan loyang dan biarkan sehingga sejuk. Kemudian keluarkan daripada loyang.
Labels:
Chiffon cake
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wah indah sungguh pelangi itu, hulur lah sepotong pd akak ;-)
ReplyDeleteterima kasih Nur Hayati..pasti ku hulur sepotong jika anda dekat dengan ku..hehe...
ReplyDelete