Thursday, May 9, 2013
KEK COKLAT MAYONIS
KEK COKLAT MAYONIS
sumber : Zaliana,Rahel Benyamin & Umi@HomeSweetHome, tqvm to all
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 tsp. baking powder
1 tsp. soda bikarbonat
1 cawan mayonis
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 biji telur (A)
1 cawan air panas
3/4 cawan minyak masak
1/2 tsp. butter oil
1/2 cawan badam hiris
Cara Penyediaan :
1. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Ayak dan ketepikan.
2. Campurkan mayonis, gula halus, butter oil, susu pekat dan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit berselang-seli dengan air panas hingga kesemua bahan sebati.
4. Masukkan minyak dan kacau. Masukkan kepingan badam, kacau rata (guna spatula).
5. Tuang ke dalam loyang 9 inci dan bakar selama 60 minit hingga masak pada suhu 170'C.
Bahan Ganache :
1 tin susu pekat
1 tsp esen vanilla
1/2 cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam
Cara-cara :
1. Campurkan susu pekat, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk.
2. Masakkan di atas api sederhana panas hingga pekat sambil dikacau selalu.
3. Masukkan sedikit garam dan vanilla, kacau lagi.
4. Setelah adunan agak pekat (tidak perlu sampai mendidih), tutup api.
5. Biar icing betul-betul sejuk barulah disapu ke atas kek tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sdp nyer zara......
ReplyDeleteterima kasih kayumaniskorner563...memang sedap, anak suka..
ReplyDelete