Nasi Minyak berserta Rendang Ayam & Acar Mentah
NASI MINYAK
sumber : tiffinbiru, CMG - tqvm (banyak kali buat sebab sedap & menjadi)
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi (rendam 20 minit & toskan)
1 1/2 cawan susu cair
1/4 cawan minyak jagung
4 tbsp. minyak sapi
4 cawan air
1 biji bawang besar (dihiris halus)
2 helai daun pandan (disimpul)
3 ulas bawang putih *
4 cm halia * (kedua-dua * dikisar halus)
2 tsp. garam
Secubit gula
Rempah tumis :
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Sedikit pewarna kuning
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak jagung dan minyak sapi. Tumiskan rempah tumis dan bawang besar hingga harum dan bawang layu. Masukkan bahan kisar dan daun pandan. Tuangkan air dan biarkan mendidih.
2. Masukkan susu cair, garam dan secubit gula. Bila mendidih, tutupkan api dan tuang ke dalam rice cooker, masukkan beras, kacau rata dan tanaklah seperti biasa.
3. Bila nasi hampir kering, buat beberapa lubang dan titiskan pewarna kuning, tabur kismis dan daun ketumbar jika suka. Biarkan nasi betul-betul masak.
4. Gembur dengan garfu dengan perlahan-lahan sekadar bergaul mesra saja. Taburkan bawang goreng, hirisan daun/sup, gajis goreng dan kacang pis (jika suka).
No comments:
Post a Comment