KEK PISANG

Thursday, June 26, 2014

BINGKA NESTUM










BINGKA NESTUM
sumber dari  :  kayumaniskorner563 ; terima kasih (sedap)



Bahan-bahan :

      2  cawan  tepung gandum *
1 1/2  cawan  Nestum original
      2  cawan  santan *
      1  cawan  susu segar *
      5  biji  telur 'B' *
   3/4  cawan  gula pasir *
   3/4  cawan  susu pekat manis *
      1  sudu besar  tepung jagung *
      1  sudu kecil  garam halus *
      2  sudu besar  mentega * -  dicairkan
      1  sudu kecil  esen vanilla
Sedikit pewarna kuning

Loyang :  8 inci atau acuan  bunga pecah 8 =  4 biji


Cara-cara :

     Panaskan oven pada suhu 170'C.  Kisarkan bahan-bahan yang bertanda *.  Kemudian masukkan Nestum, esen vanilla, sedikit pewarna kuning dan gaulkan sebati dengan whisk tangan.  Sediakan loyang/acuan, masukkan 1 sudu besar mentega dan panaskan di atas api kecil.  Tuangkan adunan ke dalam loyang/acuan dan taburkan bijirin Nestum di atasnya.
     Bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak sepenuhnya.  Untuk permukaan yang garing, 5-10 minit terakhir guna api grill/atas hingga permukaannya kelihatan perang.

2 comments:

  1. memang sedap sangat Cik Ruby...terima kasih di atas perkongsian resipinya...

    ReplyDelete