KEK PISANG

Monday, January 7, 2013

Puff Coklat






PUFF COKLAT



sumber oleh   :   rahelblog dll.
dicuba oleh    :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :


110  gm     mentega
250  ml      air
    1  tsp     gula pasir
 1/4  tsp     garam
150  gm     tepung gandum   )
    2  tbsp   serbuk koko      )  diayak bersama
    4  biji     telur  (gred  B)


Krim Kastad :

250  ml     susu segar
    3  tbsp  gula kastor
    3  tbsp  tepung kastad/tepung jagung
    1  biji    kuning telur
 1/2  tbsp  marjerin


Cara Penyediaan :

1.   Didihkan air, mentega, gula dan garam.  Tutup api, masukkan tepung gandum, serbuk koko, kacau dengan senduk kayu hingga sebati dan menjadi doh.

2.   Buka api semula dan kacau selama 2-3 minit dengan api sederhana hingga kelihatan lapisan tipis putih di dasar periuk.

3.   Angkat dari api dan kacau doh hingga suam.  Masukkan sebiji telur, kacau hingga telur sebati.  Tambahkan telur berikutnya, kacau satu persatu hingga sebati dengan doh, baru dimasukkan telur berikutnya.

4.   Pastikan adunan likat dan boleh dipaip.  Masukkan ke dalam piping bag dan picit adunan ke atas loyang yang telah digriskan terlebih dulu dengan jarak 2cm diantara satu sama lain.

5.   Bakar pada suhu : 160'C di rak tengah selama 25-30 minit di dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu.

6.   Sejukkan dahulu, hiris puff (jangan sampai putus) dan masukkan inti kastad ke dalam puff.  Enak dimakan ketika sejuk.  (sejukkan sebentar di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan).


Krim Kastad :

1.   Satukan semua bahan kecuali marjerin.  Masak hingga agak likat.  Masukkan marjerin dan kacau hingga pekat.  Angkat.

2.   Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk sebelum di paip ke dalam puffs.


No comments:

Post a Comment