sebelum dimekap
selepas dimekap
KEK PISANG COKLAT
resipi oleh : dapurkakyah (kek ini sangat sedap & moist)
dicuba oleh : zara
Bahan-bahan :
180 gm mentega, dicairkan
4 biji telur (A)
270 gm gula perang
2 tsp esen vanilla
1 tsp garam halus
180 gm tepung naik sendiri
100 gm serbuk koko
1 cawan susu cair/susu segar (saya guna susu segar)
40 gm walnut (bakar sedikit & cincang)
30 gm serbuk badam
3 biji pisang, dilenyek (saya guna 5 biji pisang emas)
100 gm coklat chip
Acuan : 8" bulat, gris & alas
Cara membuat :
Ayakkan tepung, serbuk koko dan garam. Ketepikan dulu. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan mentega cair dan pisang lenyek. Masukkan juga serbuk badam dan walnut, putar hingga sebati. Masukkan susu, vanilla dan campuran tepung. Akhir sekali masukkan coklat cip, kacau sebati dengan spatula.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam/hingga masak pada suhu 180'C.
Coklat Ganache CMG :
200 gm coklat masakan, cincang
150 ml UHT Whipping Cream (boleh diganti dengan susu cair - 100 ml)
1 tsp mentega
Cara-cara :
Satukan coklat masakan dan whipping cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double boiler, bila semua telah larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata kemudian bolehlah dituang ke atas kek. Biarkan coklat mengeras sedikit dan bolehlah dihias ikut kreativiti.
Salam.Nampak sedap nih..nanti boleh cuba :)
ReplyDeletesalam & thanks mira meeraiKiroro..kek ni memang sedap..cuba jangan tak cuba..
ReplyDelete