MINI PAVLOVA
MINI PAVLOVA
rujukan dari : Citarasawan & Joy of Baking
dicuba oleh saya
Bahan-bahan :
200 ml putih telur (4 biji)
160 gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar
2 tsp tepung jagung
1/2 tsp esen vanilla
1 tsp cuka masakan
Toping :
1 cawan whipping cream - dipukul kental
1 1/2 tbsp gula kastor atau gula icing
1/2 tsp esen vanilla
Buah-buahan segar ikut suka
Cara Penyediaan :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Alas dulang pembakar dengan baking paper atau papercup liner.
2. Pukul putih telur hingga berbuih kemudian masukkan gula kastor, cream of tartar. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan bertanduk. Masukkan esen vanilla, pukul sebati.
3. Masukkan tepung jagung dan cuka masakan. Kaupbalik dengan spatula hingga sebati.
4. Masukkan adunan meringue ke dalam piping bag dengan nozle bintang dan picitkan ke atas dulang. Buat bulat 6 diameter. (atau paip ke atas papercupliner).
5. Bakar di rak tengah selama 1 jam. (biar ia sejuk di dalam oven)
6. Toping : Pukul whipping cream hingga kental. Masukkan gula dan esen vanilla. Gaul sebati.
7. Picitkan/sapu ke atas meringue dan taburkan dengan hirisan buah-buahan segar.
No comments:
Post a Comment