KEK PISANG

Monday, January 14, 2013

Kek Cawan Cokelat Pandan



 KEK CAWAN COKELAT PANDAN




KEK CAWAN COKELAT PANDAN


sumber dari :   Majalah AROMA Jun 2012
dicuba oleh :    zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

125   gm     mentega  -  dicairkan dan sejukkan
125   gm     gula kastor
125   gm     tepung gandum  -  diayak
    4   biji     telur
 1/2   tbsp   ovallate
    2   tbsp   susu pekat manis
    1   tbsp   serbuk koko
 1/2   tsp     esen vanilla
 1/2   tbsp   coklat emulco
 1/2   tsp     pes pandan
Pewarna -  kuning dan hijau


Cara Penyediaan :

1.   Panaskan oven pada suhu : 170'C.
2.   Susun cawan kertas dalam loyang  -  ketepikan.
3.   Dalam mangkuk pengadun, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
4.   Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu. (anggaran 7-8 minit)
5.   Tuangkan mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
6.   Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak, satu diletak pandan paste dan pewarna hijau - kacau rata.
7.   Satu lagi diletak coklat emulco dan serbuk koko - kacau sebati.  Satu bahagian lagi letakkan esen vanilla dan sedikit pewarna kuning - kacau rata.
8.   Sudukan secara berselang-seli antara adunan pandan, kuning dan coklat.
9.   Bakar selama 20-25 minit atau hingga masak.  Keluarkan kek dari oven dan susun atas redai hingga kek sejuk.  Hiaskan kek dengan buttercream.

No comments:

Post a Comment