APAM KARIPAP -
Apam ini sedap tetapi ianya agak rumit untuk membuatnya. Kejadian apam ini tidak berapa cantik dan kemas. Lebihan tepung dari apam ini terbuang begitu saja, nasib baik anak-anak ada dirumah, bolehlah mereka memakannya dengan inti blueberry.
APAM KARIPAP
rujukan dari : Azlita Aziz - FromIntanKitchen & Mama Mimi
Bahan Kulit :
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan susu segar/susu cair
1/2 tsp. yis kering
2 tbsp. gula pasir
secubit garam
1/2 tsp. Eno (paket biru)
1/2 tsp. esen vanilla
beberapa titis pewarna pilihan
Inti : blueberry filling secukupnya atau ikut citarasa
Cara-cara :
Satukan tepung gandum, gula pasir, garam, air dan susu segar. Kacau hingga rata. Tambahkan yis kering, kacau rata dan sebati. Tutupkan bekas dengan plastik dan perapkan adunan selama 1 jam.
Selepas 1 jam, tambahkan Eno, kacau rata. Tambahkan perisa vanilla dan pewarna makanan. Kacau rata.
Panaskan kuali non-stick. Letakkan sedikit minyak. Sendukkan 1 senduk adunan dan layangkan pan agar adunan rata. Masak hingga 2-3 minit, jangan sampai hangus. Setelah itu angkat dan terus letakkan ke atas acuan karipap dan masukkan inti. Lipatkan acuan. (untuk mengelak kulit melekat pada acuan, sapukan sedikit minyak pada gigi acuan agar mudah dikeluarkan dan tidak koyak). Ulang hingga habis.
No comments:
Post a Comment