Thursday, April 11, 2013
AYAM TIGA RASA
AYAM TIGA RASA (sama seperti Ikan Tiga Rasa)
oleh : zaralovebaking
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
3 biji bawang merah, dihiris
1 labu bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 inci halia, dihiris
sedikit serbuk kunyit
minyak bagi menggoreng ayam
Bahan untuk sos :
3 tbsp sos tomato
3 tbsp sos cili
3 tbsp sos tiram
3 tbsp air
2 tsp gula
Bahan hiasan :
1 pokok daun sup, dihiris
2 biji cili merah, dihiris
Cara-cara :
1. Ayam dipotong kecil, dicuci bersih, toskan dan gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
2. Gorengkan ayam hingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan dua sudu makan minyak bagi menumis bahan yang dihiris hingga wangi.
4. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata.
5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment