KEK PISANG

Friday, April 12, 2013

PANDAN CHIFFON CAKE






PANDAN CHIFFON CAKE  (9 inch)


sumber :   Yatiememories
dicuba  :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan A :

1 1/2   cawan   tepung gandum *
      2   tsp.       baking powder * (  * kedua-dua bahan ini diayak bersama)
      6   biji        kuning telur  (saiz  B)
   2/3   cawan   minyak jagung
   2/3   cawan   santan pekat
   1/2   tsp.       garam
      1   cawan   gula kastor
Pewarna hijau & pandan pes secukupnya


Bahan B :

1/2  cawan   gula kastor
   6  biji        putih telur  (B)
   1  tsp.       cream of tartar

Acuan :  9 inci berlubang (tidak perlu digris)


Cara-cara :

     Adunan Bahan A :  Masukkan kuning telur, garam dan gula kastor ke dalam sebuah bekas.  Kacau sebati.  (tidak perlu kembang).  Masukkan pewarna hijau, pandan pes, minyak dan santan.  Gaul sebati.  Kemudian masukkan tepung dan baking powder.  Gaulkan sebati dan ketepikan sebentar.

     Adunan Bahan B :  Pukul putih telur bersama cream of tartar hingga berbuih.  Kemudian masukkan gula kastor dan pukul hingga kental.  Kaup balik adunan Bahan B ke dalam adunan Bahan A sedikit demi sedikit menggunakan spatula sekadar sebati sahaja.
     Tuangkan adunan ke dalam acuan berlubang dan tidak perlu dilenser.  Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit pada suhu : 175'C.
     Setelah masak, angkat kek dan segera terus di terbalikkan di atas redai kek hingga sejuk.





No comments:

Post a Comment