KEK PISANG

Saturday, April 13, 2013

PUDING ROTI MARBLE COKLAT yang enak dimakan ketika cuaca panas terik ketika ini.








PUDING ROTI MARBLE COKLAT


sumber  :  Hanamemories
dicuba   :  zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

       4   keping   roti gardenia
       2   biji         telur
    1/2   cawan    susu pekat manis
   170   ml          susu cair
     10   gm         serbuk agar-agar
    1/2   cawan    gula pasir
       2   tbsp.      mentega/marjerin
3  1/2   cawan    air  (230 ml)
       2   tbsp.      serbuk koko/coklat emulco


Acuan :   8 inci  -  acuan hendaklah dibasahkan terlebih dahulu supaya mudah puding dikeluarkan.


Cara-cara :

1.   Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula pasir ke dalam periuk hingga gula larut.

2.   Blend/kisar roti, telur, susu pekat, susu cair dengan baki air tadi (1/2 cawan) kemudian tuangkan ke dalam periuk berisi agar-agar yang telah mendidih tadi.

3.   Masukkan mentega dan kacau rata hingga mendidih.  Tutup api.

4.   Bahagikan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian biarkan asal dan satu bahagian lagi masukkan serbuk koko atau coklat emulco.

5.   Tuangkan ke dalam loyang berselang-seli hingga habis.  (Buat dengan cepat kerana puding ini cepat membeku).

6.   Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.

No comments:

Post a Comment