KEK PISANG

Sunday, April 28, 2013

CREME PUFF WITH CUSTARD FILLING







CREME PUFF WITH CUSTARD FILLING


sumber  :   Chef Kamrul, Deanna & K.Nor@SecubitGaram
dicuba   :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan Creme Puff :

250  ml    air
100  gm   mentega
    1  tsp   gula kastor
125  gm   tepung gandum
    3  biji   telur  (B)
 1/2  tsp   garam


Cara-cara :

     Campurkan gula, air dan mentega ke dalam periuk.  Masakkan hingga mendidih.  Masukkan tepung dan kacau hingga sebati dan menjadi doh.  Tutupkan api dan sejukkan sebentar.  Masukkan telur satu demi satu dan kacau hingga sebati.  Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke atas dulang pembakar yang telah digris.  Bakar selama 15 minit pada suhu 180'C.


Bahan Custard Filling :

500  ml    susu segar
    1  biji   telur
  25  gm   tepung kastad
  30  gm   tepung jagung
100  gm   gula kastor
    1  tsp   esen vanilla


Cara-cara :

     Campurkan dan gaul sebati telur, gula, tepung kastad, tepung jagung dan esen vanilla.  Kemudian tuangkan susu segar yang telah dipanaskan sedikit dan masak hingga likat.  Sejukkan.  Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam creme puff.  Taburkan dengan gula icing atasnya jika suka.

No comments:

Post a Comment