Tuesday, April 16, 2013
Masih dengan kek bercorak marble
KEK PANCAWARNA
sumber : buku resipi 'Jamuan Kek' Chef Zubaidah
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
250 gm mentega
200 gm gula kastor
250 gm tepung gandum *
1 tsp serbuk penaik * (* diayak bersama)
5 biji telur (B)
5 tbsp susu cair
2 tsp esen vanilla
1 tbsp golden syrup
1 tsp strawberry emulco (tambahan)
beberapa titik pewarna merah jambu & hijau
badam cincang secukupnya (tambahan - untuk hiasan)
Caranya :
1. Pukul mentega dan gula kastor hingga sebati.
2. Masukkan telur satu demi satu. Kemudian masukkan esen vanilla dan golden syrup.
3. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan susu cair.
4. Sebatikan adunan dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan dengan pewarna pilihan.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan berukuran 8 inci secara berselang-seli hingga habis. Taburkan sedikit badam cincang di atasnya dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu : 170'C selama 50 minit atau hingga masak. Hiaskan ikut citarasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment