Monday, April 15, 2013
KEK PANDAN MARMAR CMG
KEK PANDAN MARMAR
sumber : tiffinbiru - CMG, tqvm for this recipe
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
125 gm mentega - cair & sejukkan
125 gm gula kastor
125 gm tepung gandum - diayak
4 biji telur (gred A)
1/2 tbsp. ovallate
2 tbsp. susu pekat manis
1/2 tbsp. esen vanilla
1/2 tbsp. coklat emulco
1 tbsp. serbuk koko
1/2 tbsp. pes pandan
Badam cincang/flake untuk hiasan (optional)
Acuan : 7 inci bulat
Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu : 170'C, lenser acuan dengan mentega, alas dasar acuan dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
Dalam mangkuk pengadun, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis. Kacau rata dengan whisk hingga semua sebati. Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (lebih kurang 7-8 minit). Tuangkan mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak, satu diletak pes pandan, kacau rata. Satu lagi diletak esen vanilla, coklat emulco dan serbuk koko, kacau sebati. Sudukan secara berselang-seli antara adunan pandan dan coklat. Mulakan di bahagian tengah acuan, hingga habis adunan.
Taburkan dengan badam cincang/flake dan bakar selama 40-45 minit atau hingga masak. Keluarkan kek dari oven dan terbalikkan atas jaringan/redai kek.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment