Tuesday, April 2, 2013
KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
sumber : Yatiememories, tqvm - sangat sedap & moist
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan A (adunan cheese) :
250 gm cream cheese (suhu bilik)
60 gm gula halus
1 biji telur (B)
1 tbsp air
1 tbsp tepung gandum
Cara-cara :
Pukul cream cheese dan gula halus hingga sebati. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaulkan sebati. Ketepikan seketika.
Bahan B (Kek) :
2 biji telur (B)
1 cawan gula halus
1 tsp. esen vanilla
sedikit garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu segar/susu cair (saya guna susu segar)
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
1 cawan tepung gandum *
3 tbsp. serbuk koko *
1 tsp. baking soda *
1/2 tsp. baking powder * (kesemua yang bertanda * diayak dulu)
Loyang : 8 inci bulat/persegi
Cara-cara :
Pukul telur di dalam bekas bersama gula halus hingga kembang. Setelah kembang masukkan esen vanilla dan garam. Masukkan susu, minyak dan air panas. Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak tadi dan gaulkan sebati. Biarkan sebentar dan bahagikan kepada 2 bahagian sama rata.
Cara Penyediaan :
1. Panaskan kukusan. Gunakan api sederhana.
2. Sapukan sedikit minyak disekeliling loyang dan alaskan dengan kertas minyak.
3. Tuangkan 1/2 bahagian adunan coklat, tutupkan dengan aluminium foil (agar air tidak menitis di atas kek) dan kukuskan selama 15-20 minit.
4. Kemudian tuangkan kesemua adunan cream cheese dan kukus semula selama 15 minit.
5. Setelah itu tuangkan baki adunan coklat dan kukus lagi selama 20 minit hingga masak.
6. Setelah kek benar-benar sejuk, bolehlah dipotong.
NOTA : Pastikan sentiasa ditutup dengan foil ketika mengukus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment