Sunday, April 28, 2013
NASI LEMAK KUNING (TUMIS)
NASI LEMAK KUNING (TUMIS) 5-6 orang makan
sumber dari : yatiememories, tqvm untuk resipi ini
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
3 cawan beras biasa
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 tbsp halba
1 helai daun pandan
1 cm halia - dihiris halus
1 batang serai - titikkan
2 biji bawang merah - dihiris
1 tbsp minyak masak + 1 tbsp minyak sapi
garam & gula secukupnya
Cara-cara :
1. Panaskan kedua-dua minyak, tumiskan bawang dan halia hingga garing.
2. Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
3. Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam secukup rasa.
4. Masak/tanak nasi seperti biasa.
TIPS : untuk nasi lemak kuning, tambahkan 1 tbsp serbuk kunyit semasa memasukkan santan dan air.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment