KEK PISANG

Monday, December 3, 2018

KUIH BAKAR JAGUNG...








KUIH BAKAR JAGUNG
sumber :    Fiza's Cooking
loyang :    8 inci




Bahan-Bahan :

1  cawan  tepung gandum
1  cawan  santan
1  cawan  susu sejat/susu cair
3/4  cawan  gula
2  biji  telur  (saya guna gred A)
1  tin  jagung manis ala krim  (saya guna 1 cawan jer)
1  sudu teh  esen vanilla atau esen jagung
1  sudu besar  mentega
Sedikit pewarna kuning
Sedikit bijan


Cara-Cara :

1.  Kisar semua bahan sehingga sebati kecuali jagung, mentega dan bijan di dalam blender/pengisar.

2.  Masukkan jagung dan kisar sebentar sahaja.

3.  Panaskan loyang di atas dapur sebentar, masukkan mentega dan biarkan cair.  Tuangkan adunan yang di blender/kisar tadi ke dalam loyang dan taburkan bijan.

4.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180'C selama 1 jam; dan 10 minit terakhir tukarkan kepada api atas sahaja untuk menjadikan kuih lebih berkerak...





No comments:

Post a Comment