KEK PISANG

Saturday, December 15, 2018

PASTEL GERMAN COOKIES...








PASTEL GERMAN COOKIES
sumber :    Insta@ DanishHarraz...




Bahan-Bahan :

250  gm  pure butter,  suhu bilik
80  gm  gula icing
250  gm  potato starch/tepung pati kentang
160  gm  tepung kek atau superfine
Beberapa pewarna & perisa pilihan  (jika nak biarkan pada warna asal, letakkan 1 sudu teh esen vanilla bila butter dan gula sudah dipukul kembang)


Cara-Cara :

Panaskan oven pada suhu 160'C.
Ayakkan tepung kek dan juga potato starch, ketepikan.
Ayak gula icing ke dalam bekas lain.
Dalam bekas pengadun, pukul butter dan gula icing dengan mixer sehingga kembang.
Masukkan bahan kering tadi dan gaul menggunakan senduk kayu/spatula sehingga menjadi doh yang lembut.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan sedikit pewarna dan perisa, uli rata sehingga mendapat warna yang dikehendaki.
Selepas itu balut setiap mangkuk adunan dengan dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
Keluarkan adunan, bulatkan menjadi bebola kecil lebih kurang 1 inci dan susunkan di atas baking tray yang telah di alas dengan baking paper.
Kemudian tekap setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak.
Bakar di dalam oven (yang telah dipanaskan terlebih dahulu) selama lebih kurang 15 minit sehingga masak.
Sejukkan dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara...




No comments:

Post a Comment