CREAM CHEESE & BLUEBERRY
POUND CAKE
sumber : FB@Aini Binte Madon
Bahan-Bahan :
1 1/2 cawan tepung serbaguna atau tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 cawan cream cheese, suhu bilik (125 gm)
1/2 cawan butter, lembut sedikit (125 gm)
1/2 cawan gula kastor
5 biji telur (50 gm sebiji), suhu bilik (me : guna 4 biji telur gred A)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh parutan kulit lemon, jika suka
1 cawan buah blueberry segar, cuci & toskan
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Sapukan sedikit butter dan taburkan sedikit tepung pada keseluruhan loaf pan berukuran 9 x 5 x 3 inci. Ketepikan.
2. Di dalam sebuah bekas, satukan tepung dan baking powder. Kacau dengan whisk sehingga rata. Ketepikan.
3. Di dalam mangkuk mixer, pukul cream cheese dan butter sehingga kembang.
4. Masukkan gula kastor dan pukul lagi sehingga kembang dan sebati.
5. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sehingga rata dan sebati.
6. Perlahankan mixer, masukkan esen vanilla, parutan kulit lemon dan tepung yang diayak tadi. Gaul sekejap saja, sekadar sebati. Jangan terlebih gaul.
7. Berhentikan mixer. Dengan menggunakan spatula, kaupbalik adunan perlahan-lahan sehingga licin dan sebati.
8. Masukkan buah blueberry dan kaupbalik perlahan-lahan.
9. Tuangkan adunan ke dalam loaf pan. Bakar pada suhu 170'C selama 1 jam atau sehingga masak. Jika dicucukkan lidi sate dan kek belum masak, tambahkan masa lagi.
10. Bila kek dah masak, biarkan kek berada 15 minit di dalam loaf pan. Kemudian, barulah dikeluarkan dan sejukkan di atas wire rack/redai kek.
No comments:
Post a Comment