KEK COKLAT CHEESE TABUR
sumber : FB@CaraMemasakCikDayang...
Bahan Kek :
90 gm minyak masak
100 gm gula kastor
110 gm susu pekat manis
40 gm serbuk koko
Secubit garam
200 gm susu full cream
*** satukan bahan kek di dalam periuk dan masak sehingga gula sekadar larut saja. Tutup api, angkat dan biarkan sedikit suam. Ketepikan.
2 biji telur gred A, dipukul sehingga creamy dan kelihatan pucat
Bahan diayak :
1 sudu teh soda bikarbonat
80 gm tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanilla
Bahan Cream Cheese :
250 gm cream cheese
100 gm susu pekat manis
30 gm susu full cream
50 gm dairy whipping cream
Hiasan : Cheddar Cheese ~ disagat
Cara-Cara :
1. Bahan Kek dimasak hingga gula larut saja. Biarkan suam seketika.
2. Telur dipukul hingga creamy dan kelihatan pucat berbuih.
3. Masukkan bahan-bahan yang dimasak tadi, gaul sebati.
4. Masukkan bahan-bahan yang diayak, esen vanilla dan kaupbalik hingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam bekas kecil (saya guna SQ 450) separuh adunan dan kukus selama 20-25 minit hingga masak. Angkat dan sejukkan dahulu.
6. Untuk Cream Cheese : Satukan semua bahan Cream Cheese hingga licin dan tidak berketul.
7. Tuangkan adunan Cream Cheese ke atas kek yang telah disejukkan tadi. Taburkan dengan parutan Cheedar Cheese. Sejukkan di dalam peti ais.
8. Hidangkan. Saat sedap dinikmati sejuk. Siap !!!
No comments:
Post a Comment