Wednesday, January 1, 2020
SOSEJ BLACK PEPPER ...
RESIPI SOSEJ BLACK PEPPER
sumber : shuhadasharif.blogspot.com
Bahan-Bahan :
Sosej secukupnya (anggaran 6-10 batang) (me : guna mini sosej anggaran 30 batang)
1 biji bawang besar ~ dihiris halus
2 ulas bawang putih ~ dihiris halus
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos Black Pepper (jenama Life)
Sos BBQ Jenama Knorr secukupnya (optional)
1 sudu besar serbuk lada hitam
Kicap Cap Kipas Udang/ABC secukupnya
Daun bawang ~ dihiris, sebagai hiasan
Cili besar/cili merah ~ dihiris, sebagai hiasan
Cara Memasak :
Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng sosej sehingga masak.
Angkat sosej dan ketepikan.
Kurangkan minyak gorengan dalam kuali anggaran untuk menumis dalam 2 sudu besar minyak tadi.
Masukkan bawang besar dan bawang putih, goreng/tumis sehingga layu.
Masukkan sos tiram, sos BBQ, sos Black Pepper dan kicap ABC.
Kemudian masukkan serbuk lada hitam, gula dan garam secukup rasa.
Masukkan sosej tadi dan gaulkan sebati. Masukkan sedikit air.
Untuk hiasan, taburkan cili dan daun bawang di dalam kuali, gaulkan seketika, tutup api.
Sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment