KEK PISANG

Monday, January 20, 2020

KOKTAIL SUSU PALING SEDAP ...










RESEPI KOKTAIL SUSU PALING
SEDAP
sumber :    FB@Resepi Mama ...




Bahan-Bahan :

1  tin  susu cair
2  sudu besar  susu pekat manis
1  paket  agar-agar sumi 
1  tin  buah campuran koktail
1  camca teh  esen vanilla
Sedikit biji selasih,  rendam sehingga kembang   (saya tambah)
Ketulan air batu secukupnya


Cara Penyediaan :

1.  Dalam mangkuk koktail yang bersih, buka setiap bungkusan sumi (boleh potong sumi kecil-kecil jika mahu).

2.  Buka tin buah campuran koktail dan toskan air gulanya.

3.  Tuangkan susu cair ke dalam mangkuk yang sudah berisi sumi dan buah campuran, gaul sebati.

4.  Masukkan pula esen vanilla, biji selasih yang dah kembang (jika guna) serta susu pekat manis dan kacau lagi.

5.  Setelah siap dikacau, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan sementara sebelum menjamunya sebagai pencuci mulut atau taburkan sahaja ais batu ke dalam minuman koktail susu tersebut. 
SIAP !!!

No comments:

Post a Comment