RESIPI ROTI JALA PANDAN
sumber : resipicitarasawan ...
Bahan-Bahan :
250 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 biji telur (saya guna gred A)
350 ml susu cair/santan cair
1 sudu besar marjerin cair
1 sudu teh pes/pasta pandan
1/4 sudu teh pewarna hijau
Cara-Cara :
1. Satukan kesemua bahan, gaul atau kisar sehingga sebati kemudian ditapis.
2. Tuangkan sedikit adunan ke dalam acuan roti jala dan kirai mendatar dan kemudian menegak (teknik jaluran) di atas kuali leper@non-stick.
3. Biarkan sekejap, apabila adunan mengering, angkat, lipat kiri dan kanan dan gulung sehingga kemas.
4. Sediakan dihidangkan.
NOTA : Jika adunan masih pekat tambahkan sedikit air. Pastikan aliran adunan lancar dan tidak tersekat apabila keluar dari acuan roti jala.
Kuah Durian
sumber : seripayaku.blogspot.com
Bahan-Bahan :
1 cawan isi durian
2 cawan air
1/2 cawan santan pekat
Gula Melaka atau gula putih secukup rasa, ikut selera masing-masing
1 helai daun pandan ~ disimpul
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Sedia dihidangkan bersama Roti Jala.
No comments:
Post a Comment