Friday, January 31, 2020
PENCUCI MULUT AIR MANGGA ...
RESIPI PENCUCI MULUT AIR MANGGA
sumber : FB/Pn Fatien@Sedapnya Resepi
Bahan-Bahan :
3 cawan susu segar
1 paket serbuk agar-agar perisa mangga
1/2 cawan krim putar (dairy whipping cream) atau susu cair
1 cawan sagu biji
1 tin laici (ambil buahnya sahaja)
2 biji mangga yang dipotong dadu
Sedikit gula/madu (saya tambah, ikut kemanisan yang disukai)
Cara-Cara :
1. Masakkan serbuk agar-agar (ikut arahan pada kotak) dan sejukkan seperti biasa sebelum agar-agar dipotong dadu. Ketepikan seketika.
2. Masakkan sagu biji dengan air yang mendidih sehingga jernih dan tapiskan. Ketepikan seketika.
3. Campurkan semua bahan termasuk agar-agar dan sagu diatas) di dalam cawan atau mangkuk. Sesuaikan rasa. Tambahkan gula atau madu secukupnya.
4. Tambahkan ais batu untuk lebih menyegarkan.
Labels:
Pencuci mulut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam
ReplyDeleteWassalam mama sara nur😊
ReplyDelete