KEK PISANG

Thursday, January 16, 2020

RESIPI SOM SOM SAGU ...












SOM SOM SAGU
sumber :    Majalah RASA Januari 2020
kredit :    FB@Mas Cotek




Bahan Sagu :

1  cawan  sagu
3  cawan  air
2  helai  daun pandan   ~  disimpul
Sedikit pewarna hijau


Bahan Kanji Som-Som :

1/2  cawan  tepung beras
4  cawan  santan
Garam secukup rasa


Bahan Air Gula :

1 1/2  cawan  air
4  keping  gula kerek/melaka   (boleh juga guna gula merah)
1/4  cawan  gula pasir
2  helai  daun pandan   ~  disimpul


Cara Penyediaan :

1.  Satukan bahan-bahan air gula dan masak guna api sederhana hingga mendidih.  Tapis dan sejukkan.

2.  Untuk menyediakan sagu, masak air bersama daun pandan hingga mendidih.  Boleh juga masukkan pewarna hijau.

3.  Keluarkan daun pandan dan masukkan sagu.  Kacau hingga pekat.  Masa ni sagu masih lagi bermata ikan.

4.  Tuangkan sagu ke dalam bekas-bekas kecil sehingga memenuhi separuh atau 3/4 bekas sahaja.  Kukus selama 15 minit sehingga sagu menjadi jernih.  Sejukkan.

5.  Jika tiada pengukus, boleh juga kacau hingga sagu jadi jernih dengan menambah sukatan air.  Tapi tidak digalakkan kerana sagu akan jadi lembik.

6.  Untuk menyediakan kanji som-som, satukan kesemua bahan di dalam periuk dan sebatikan.

7.  Masak hingga pekat dan meletup-letup dengan api sederhana.  Sentiasa dikacau untuk elak ia berketul.

8.  Tuangkan adunan ke atas sagu yang telah dikukus tadi.  Sejukkan.  Nikmati bersama air gula.
SIAP !!!




No comments:

Post a Comment