RESIPI MUFFIN DURIAN
sumber : airtangansuzie.blogspot.com
kredit : CMG
(sangat sedap & gebu)
Bahan-Bahan : (10-12 biji)
125 gm mentega
100 gm gula halus@gula kastor
2 biji telur gred A + 1 biji kuning telur
130 gm tepung gandum *
3/4 sudu teh serbuk penaik * ( * disatukan & diayak )
20 ml susu segar
70 gm isi durian
30 gm hazelnut ~ dicincang kasar (saya hias atas saja)
Cara-Cara :
1. Pukul mentega, gula dan telur sehingga kembang dan gula hancur. Masukkan isi durian dan terus memukul sehingga sebati.
2. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar sehingga habis. Gaul rata.
3. Masukkan cincangan hazelnut dan gaul rata menggunakan spatula. Boleh juga diganti dengan kacang walnut, badam atau tak payah letak kalau tak nak. (Saya tak letak cuma saya hias atas saja dengan badam keping).
4. Isikan ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dengan sebiji kacang hazelnut. Banyak atau sedikit bilangan muffin bergantung pada saiz muffin cup masing-masing.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170'C selama 25 minit sehingga masak sepenuhnya. Sejukkan di atas redai.
Muffin durian... mesti sedap rasanya.
ReplyDeleteMemang sedap & gebu Fadzillah😊
ReplyDeleteMemang sedap & gebu Fadzillah😊
ReplyDelete