KEK PISANG

Sunday, April 24, 2016

AISKRIM CHOKI-CHOKI/NUTELLA









AIS KRIM CHOKI-CHOKI/NUTELLA
sumber  :   FB/MAHN...




Bahan-Bahan :


      1  tin  susu cair
      1  tin  susu pekat
      4  tin  air masak
2 1/2  sudu besar  tepung jagung
Secubit garam


Cara-Cara :

     Kacau kesemua bahan di atas kemudian didihkan manja-manja menggunakan api kecil.  Letakkan tepung jagung bagi ia lembut, sedikit garam selain membangkitkan lemak, ia boleh mencegah perut kembung.  Kemudian tapiskan ke dalam jug (untuk memudah mengisi ke dalam plastik aiskrim) dan untuk choki-choki, anda boleh potong kepada dua.  Masukkan choki-choki ke dalam plastik aiskrim dan picit-picit untuk ratakannya sebelum di tuangkan adunan aiskrim ke dalam plastik aiskrim.

Info :   Untuk ais krim Nutella sama seperti di atas cuma tambahkan 1 tin air lagi menjadikan ianya 5 tin air masak dan tambah juga 1 sudu kecil esen vanilla.

No comments:

Post a Comment