KEK PISANG

Thursday, April 7, 2016

CUCUR JAWA YANG KURANG MENYERLAH TAPI TETAP SEDAP!!!



 Dah 2 kali buat kuih ni tapi kejadiannya tetap kurang menyerlah.  Walaubagaimanpun kuih cucur jawa ni tetap sedap.  Rasa macam dah malas nak mencuba kuih ni.  Atau mungin ada teknik tertentu ketika menggorengnya..







CUCUR JAWA
sumber  :   Majalah Saji Disember 2015, Chef Kamarul...




Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung gandum
2  cawan  tepung beras
1  cawan  gula pasir
1  cawan  gula kabung
2  cawan  air
Minyak masak untuk menggoreng


Cara-Cara :

1.  Satukan ke semua bahan iaitu tepung gandum dan tepung beras di dalam mangkuk.
2.  Masukkan gula pasir dan gula kabung.  Gaul rata.
3.  Perlahan-lahan, tuangkan air dan kacau sehingga sebati.  Kemudian, biarkan selama 2 jam hingga 3 jam atau semalaman.
4.  Panaskan minyak, masukkan satu senduk adunan tepung.
5.  Biarkan cucur masak di kedua-dua bahagian.  Gunakan lidi untuk mengalih, angkat dan toskan minyak dari tepi kuali.  Sedia untuk dihidangkan..

No comments:

Post a Comment