KEK PISANG

Friday, April 8, 2016

PETOLA TUMIS AIR UDANG









PETOLA TUMIS AIR UDANG
sumber  :     RASA Sisipan Mac 2016...




Bahan-Bahan :

  1  batang  petola  -  buang kulit keras dan potong
50  gm  bunga kubis  -  potong
  6  ekor  udang  -  buang kulit dan bersihkan
  2  ulas  bawang merah  -  hiris
  2  ulas  bawang putih  -  hiris
  1  batang  daun sup  -  potong
  1  keping  fucuk  -  rendam hingga lembut
  1  paket  suhun  -  rendam
Garam dan bahan perasa secukup rasa
Air secukupnya
Daun bawang dan bawang goreng secukupnya untuk hiasan  -  pilihan


Cara Memasak :

1.  Masukkan air di dalam periuk, kemudian masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih.
2.  Masak atas api sederhana hingga mendidih beberapa minit.
3.  Kemudian masukkan petola, bunga kubis, suhun, fucuk, daun sup, udang, garam dan bahan perasa secukupnya.  Kacau sekata.
4.  Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng jika suka.
5.  Sedia dihidangkan..

2 comments:

  1. Memang sedap dengan cuaca sekarang ni, adda syuhada..

    ReplyDelete